6 Cara Jimat Minyak Kereta – No 3 Paling Berbaloi

Sekarang ini memang harga petrol makin mahal disebabkan oleh kerajaan tarik balik subsidi minyak petrol. Jadi, mahu atau tidak, memang kena amalkan tips jimat minyak kenderaan anda agar dapat jimat minyak semaksimum mungkin. Apapun, tips ini nampak mudah tetapi ianya memberikan impak yang berkesan kepada penggunaan minyak kereta anda.

Ada banyak tips yang ada di luar sana, untuk kali ini, kami berikan beberapa tips penting yang memang anda akan jimat banyak minyak dan juga wang anda. Kalau anda amalkan tips ini secara konsisten memang akan memberikan impak yang besar kepada penggunaan minyak dan wang petrol anda setiap bulan.

#1 Cara Pemanduan

Cara pemanduan memang memainkan peranan penting untuk kereta anda jimat minyak. Anda boleh jumpa bermacam-macam cara yang dikongsikan berkenaan dengan penggunaan gear, tetapi yang lebih penting daripada itu semua adalah cara pemanduan. Kalau anda bawak kereta dalam keadaan rushing, sekejap perlahan, sekejap laju dan potong kereta hadapan, memang akan memakan minyak. Sebaliknya kalau anda bawak dalam keadaan tenang, memang akan nampak penggunaan minyak yang lebih efisyen dan stabil.

#2 Keadaan Kereta

Keadaan kereta memang memberikan impak kepada penggunaan minyak. Daripada situ, yang paling asas sekali ada 2 iaitu;

Pastikan angin ditayar pada kadar yang minimum. Kalau anda membawa kereta dalam keadaan tayar yang kempis ataupun kurang angin, memanglah akan cepat habis penggunaan minyak kereta anda. Jadi, kalau boleh sentiasa pam angin tayar kereta anda paling kurang sebulan sekali. Jangan lupa pam sekali tayar spare anda ye.

Kedua, bawa kereta dalam keadaan tingkap ditutup. Apabila tingkap terbuka, ini akan menyebabkan rintangan aerodynamik dan penggunaan minyak akan bertambah. Menggunakan aircond adalah lebih menjimatkan minyak anda berbanding dengan membuka tingkap.

#3 Beli Minyak Murah

Kalau nak jimat minyak, kena beli minyak murah la kan? Betul tapi persoalannya sekarang ni, harga minyak di Malaysia ni tetap dan dikawal kerajaan. Macam mana kalau saya beritahu anda, anda boleh dapatkan minyak daripada Petronas lebih murah daripada harga yang ada di kedai-kedai. Nak tahu lebih lanjut boleh tengok SINI.

Ianya adalah kad diskaun daripada Petronas. Anda boleh mengisi minyak sehingga RM100 dengan hanya mambayar RM95. Dalam erti kata lain, anda jimat RM5 untuk setiap RM100 yang anda beli. Kalau nak balik kampung ataupun nak travel jauh tu, beli ni siap-siap. Ataupun kalau sebulan bajet penggunaan minyak anda RM300, beli kad ini 3 sekaligus. Dapatlah jimat sikit penggunaan minyak anda.

#4 Pilih Kereta Jimat Minyak

Kalau nak jimat minyak tu, salah satu caranya adalah beli kereta yang memang jimat minyak. Kereta sekarang ini memang dilengkapi dengan teknologi jimat minyak. Kami galakkan untuk beli kereta yang mempunyai CC yang rendah seperti Saga, Myvi, Persona dan lain-lain. Kalau kereta MPV tu, memang banyakla minyak yang digunakan. Terutama kalau keluarga yang kecil tu, gunakan kereta yang mempunyai CC yang rendah dulu ye sebelum beralih kepada kereta yang mempunyai CC yang lebih besar.

#5 Servis On Time

Servis kereta kena On Time kalau betul anda nak kurangkan penggunaan minyak. Apabila tidak mengikut jadual, memang kereta anda akan mengalami kehausan pada bahagian enjin. Tukar minyak hitam mengikut jadual memang akan membolehkan anda jimat penggunaan minyak. Kalau nak tukar minyak hitam tu, pastikan minyak yang berkualiti. Apapun, kami ada kongsikan pengalaman kami tukar minyak hitam di SINI.

Apapun, selamat mencuba dan konsisten gunakan tips ini. Memang anda akan nampak hasilnya nanti setelah mencuba beberapa lama.