3 Tips Tukar Tayar Kereta – Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu!

Memang akan sampai masa untuk tukar tayar kereta anda. Bila sampai masa tu, memang kena cari yang betul-betul berbaloi dengan apa yang anda akan dapat. Kali ini, kami nak kongsikan tips terutama kalau anda memang bercadang untuk tukar tayar kereta anda dalam masa terdekat ini. Bukan apa, memang kena pastikan tayar yang anda dapat tu betul-betul berbaloi dengan apa yang anda dapat.

Sekarang ini memang ramai yang mula ambil kesempatan terutama kepada mereka yang tak mahir pasal kereta ini. Jadi, harapnya, artikel ini dapat memberikan input kepada anda tentang apa yang anda perlu tahu dan tanya kepada penjual tayar apabila anda ingin menukar apabila tiba masanya.

Apa Yang Anda Perlu Tanya

Memang ada soalan yang anda perlu tanya berkenaan dengan tayar ini. Pertama sekali yang anda perlu ke kedai tayar, soalan ini adalah anda wajib tanya;

“Tayar ni tahun berapa dibuat?”

Ini adalah antara soalan yang penting yang anda wajib tanya kepada jurujual. Kalau ianya dibuat pada tahun yang sama memang tiada masalah untuk anda teruskan pembelian, tetapi, kalau ianya adalah yang dibuat 2 atau 3 tahun lepas, memang anda berhak untuk dapatkan harga yang lebih murah daripada apa yang di berikan. Misalkana harga tayar RM180, boleh cuba mintak tawar sehingga ke RM110 untuk tayar kereta anda. Ini adalah komponen yang paling penting sekali dalam pemilihan tayar. Sentiasa cuba tanya kepada pihak jurujual, kalau ianya adalah tayar yang terkini, memang kena terima sahajalah harga yang diberikan.

Untuk tahu tips berkenaan dengan tayar ini, anda boleh dapatkan di SINI untuk maklumat lanjut. Harap ianya sedikit sebanyak membantu anda.

“Berapa Harga Tayar Ni?”

Ini adalah antara soalan lain yang anda boleh tanya kepada penjual tersebut. Kalau ianya kena dengan bajet anda, memang tiada masalah untuk anda dapatkan jenis yang anda mahukan. Tetapi kalau lari daripda bajet, jangan risau kerana ada banyak pilihan lain yang anda boleh dapatkan di pasaran. Cuma, mungkin jenama tersebut bukanlah jenama yang premium, tetapi kalau setakat nak pegi kerja tu, bolehlah.

“Tayar Ni Jenama Apa?”

Ini antara item lain yang anda boleh tanyakan kepada jurujual. Tips dari kami, kalau boleh dapatkan jenama yang terkenal seperti Michelin, Dunlop, Silverstone dan lain-lain. Atau, alternatif lain, anda boleh tengok di sini dan lihat beberapa jenama yang kami rekemen untuk anda dapatkan. Barangan berjenama ini, walaupun mahal sikit tetapi berbaloi untuk anda gunakan jangka masa panjang. Ianya tahan lebih lama dan selalunya tidak banyak buat masalah dan meragam. Kalau anda sering berjalan jauh seperti balik kampung yang perjalanan anda mengambil masa sehingga 5 jam atau lebih, memang kami galakkan untuk anda dapatkan jenis yang berjenama yang ada di pasaran. Lebih berbaloi dan terbaik.

Semua Tips Berkenaan Dengan Kereta

Apapun, tayar adalah antara item yang penting dalam servis kereta anda. Memang tayar penting tetapi ianya tidaklah sekerap anda menggunakan ataupun servis minyak hitam dan oil filter anda. Untuk tips penjimatan minyak hitam, anda boleh dapatkan di SINI dan ianya memang berbaloi.

Selain dari itu juga, kalau anda berminat nak dapatkan tips jimat minyak, boleh tengok apa yang ditawarkan di SINI. Gerenti anda dapat jimat minyak yang anda gunakan. Sangat berbaloi dan puas hati.

Apapun, inilah antara beberapa tips penting berkenaan dengan tukar tayar yang ada di pasaran sekarang ini. Pilihlah yang mana yang bersesuaian dengan apa yang anda mahukan.