Servis Kereta Proton – Ini Tips Untuk Servis Murah!

Kali ini kami nak bercerita tentang servis kereta Proton dan apa yang anda perlu tahu untuk dapatkan servis ini. Proton ini boleh dikatakan sebagai sebuah kereta yang mampu milik oleh semua orang dan harganya tidaklah terlalu mahal, tiada masalah untuk mendapatkan Proton Iriz dengan bayaran sehingga RM400 sebulan untuk kereta anda. Disamping itu juga, anda boleh gunakan kereta anda itu untuk memandu Uber. Boleh daftar di SINI.

Kepada pengguna kereta Proton, ini apa yang anda perlu tahu kalau nak servis kereta anda. Yang penting lakukan secara berkala terutama sekali servis asas seperti minyak hitam, oil filter dan lain-lain itu. Kalau anda menjaga semua perkara ini, insyaAllah kereta anda akan bertahan untuk satu tempoh yang lama.

Servis di Pusat Servis

Kalau kereta Proton anda adalah kereta baru, memang digalakkan untuk anda servis di pusat-pusat servis yang ada di seluruh Malaysia ini. Ianya adalah untuk membolehkan anda untuk mendapat warranty lagi kerana kalau anda tidak servis di pusat servis mereka, memang ada kemungkinan yang anda tidak akan mendapat warranty daripada Proton lagi. Perkara pertama yang anda kena tahu adalah, selagi dalam tempoh warranty, lebih baik anda servis sahaja di pusat servis.

Ketika servis di pusat servis, satu perkara yang anda kena tahu adalah memang banyak barangan yang “tidak perlu” yang dimasukkan dalam pakej servis anda. Kalau ikutkan pengalaman saya, akan ada anti bakteria, kilatkan cermin dan lain-lain. Kalau boleh anda cakap kepada jurujual yang anda hanya mahukan servis yang penting sahaja seperti oil filter dan minyak hitam. Kalau item lain itu bergantung kepada keadaan juga, item seperti spark plug dan air filter memang ikut keadaan, kalau terlalu kerap tidak perlu.

Biasanya servis di Proton ini akan mengambil masa sehingga 3 ke 4 jam kerana jumlah kereta yang banyak. Servis 1000km pertama tu biasanya memang akan memakan masa yang lama begitu juga dengan servis lain. Adalah digalakkan untuk anda datang ke tempat servis dan tinggalkan kereta anda di sana. Kemudian pergi ke tempat lain, sudah cukup 5 atau 6 jam, barulah datang semula untuk ambil kereta anda. Ini lebih mudah dan menjimatkan masa.

Warranty Sudah Habis

Apabila warranty sudah habis, memang masanya untuk anda servis di luar. kalau servis di luar, ada banyak pilihan minyak hitam yang lebih berkualiti pada harga yang lebih murah daripada harga yang ada di kedai Proton. Biasanya, Proton akan menggunakan jenama minyak enjin Petronas, akan tetapi kalau anda servis sendiri kereta anda di bengkel luar, anda boleh menggunkan minyak hitam lain antaranya adalah jenama seperti Shell ataupun kalau nak lebih murah dan berbaloi tu, boleh cuba jenama Lexus. Saya sendiri gunakan Lexus dan oil filter yang saya beli di Lazada untuk kereta Proton saya. Boleh baca artikel tersebut di sini.

Lagi satu, servis di luar ini memang menjimatkan masa dan wang kerana anda boleh memilih minyak berkualiti lain yang ada di pasaran pada harga lebih murah dan juga, biasanya tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk servis minyak hitam ini. Hanya beberapa minit sahaja anda sudah boleh mendapatkan ataupun servis minyak hitam ini.

Apapun, terpulang kepada anda untuk dapatkan servis yang mana. Apapun, ini adalah antara tips penting untuk anda servis kereta anda buat masa ini. Perkara penting yang kami nak tekankan di sini adalah, kalau kereta anda masih dalam warranty, digalakkan untuk servis di pusat servis. Kalau sudah habis warranty, memang banyak pilihan kereta yang anda boleh servis di pasaran sekarang. Apapun, gunakan sehabis baik untuk anda dapatkan servis kereta yang terbaik.