Minyak Hitam Untuk Myvi – 2 Jenama Terbaik Untuk Anda!

Myvi meruapakan antara kereta pilihan di Malaysia sekarang ini. Ianya merupakan kereta yang mampu dimiliki, tidak terlalu mahal dan mempunyai harga yang munasabah di pasaran sekarang ini. Ianya telahpun berada lama di Malaysia dan artikel kali ini, kalau anda inginkan cara untuk servis kereta Myvi anda terutama kalau anda nak tukar ataupun ganti minyak hitam untuk Myvi, kami akan tunjukkan beberapa tips terbaik untuk anda.

Yang paling penting adalah, anda dapat memaksimumkan servis kereta anda agar ianya tidak menimbulkan masalah dikemudian hari. Servis mengikut waktu adalah sangat penting kalau anda ingin gunakan kereta anda untuk jangka masa yang panjang. Apapun, pada kali ini, kami akan berikan beberapa tips penting agar dengan itu, lebih mudah untuk anda mendapatkan pilihan yang terbaik terutama kalau anda nak servis kereta anda.

Tempoh Warranty Kereta Anda

Setiap kereta memang didatangkan dengan tempoh warranty yang ditetapkan. Biasanya dalam tempoh 3 sehingga 5 tahun, memang kalau boleh sentiasa servis di pusat servis walaupun ianya memang memakan masa yang lama.Kalau anda tidak servis di pusat servis, memang ada kemungkinan yang kereta anda akan ditarik balik warranty yang ada.

Selepas tempoh warranty tersebut, barulah sesuai untuk anda dapatkan minyak hitam terutama untuk kereta myvi anda. Pilihan yang ada selain daripada di pusat servis adalah lebih murah dan berbaloi dengan apa yang ditawarkan di pusat servis. Anda bebas untuk memilih jenama minyak hitam sama ada yang Semi Sintetik ataupun jenama yang lain-lain yang ada di pasaran. Lagi satu, servis kereta di luar daripada pusat servis memang menjimatkan masa anda terutama tidak perlu tunggu terlalu lama hanya untuk servis kereta. Cuba anda bayangkan, cuma hanya sekadar tukar minyak hitam pun mengambil masa sehingga 3 jam, ini pengalaman saya servis di Proton dahulu.

Kalau anda servis di luar, mungkin mengambil masa tak sampai 30 minit untuk anda servis sendiri kereta anda.

Pilihan Minyak Enjin Yang Ada

Kalau nak servis sendiri di luar, memang banyak pilihan yang ada sekarnag ini. Kalau memang anda sering menggunakan minyak jenama Perodua, boleh teruskan untuk anda gunakan. Teruskan penggunaan minyak yang ada ini sangat berbaloi untuk jangka masa panjang dan memang kalau anda tiada masalah dengan jenama yang lama, sangat kami galakkan untuk anda terus gunakan. Untuk pilihan yang ada, boleh tengok artikel kami di sini berkenaan dengan minyak hitam Perodua yang ada di pasaran sekarang.

Kalau nak pilihan untuk Myvi, kami rekemen untuk anda gunakan yang INI. Antara pilihan yang baik untuk minyak hitam terbaik dan berkualiti yang ada di pasaran sekarang.

Selain daripada itu juga, kalau anda ingin mencuba jenama yang baru, kami rekemen jenama Lexus ini. Ianya adalah antara pilihan murah dengan kualiti yang baik. Sangat sesuai dengan kereta Myvi anda. Kami paling rekemen yang ini sebagai alternatif kepada minyak jenama Perodua yang ada di pasaran sekarang ini.

Oil Filter

Selain daripada minyak, antara item yang anda perlu ambil kira terutama kalau nak tukar minyak enjin adalah oil filter yang anda gunakan. Boleh tengok beberapa pilihan yang ada di sini untuk oil filter myvi anda. Kedua-dua item ini adalah yang paling asas kalau anda ingin tukar minyak hitam ataupun servis asas di kedai. Kalau nak ikutkan, memang banyak item lain yang anda perlu ambil kira antaranya adalah bateri kereta, tayar dan lain-lain lagi, tetapi, cukuplah sampai sini dahulu.

Kalau anda pening dan tak tahu yang mana yang paling berbaloi, ini adalah antara pilihan yang anda boleh dapatkan di pasaran sekarang. Buat pilihan dan pilihlah yang terbaik berdasarkan kepada fungsi dan bajet anda.

Kenapa Kena Tukar Minyak Hitam? – Pilihan Murah dan Terbaik

Akan sampai satu masa anda perlu tukar minyak hitam kereta anda kerana ini adalah servis yang asas yang perlu anda lakukan setiap bulan. Kalau anda kerap menggunakan kereta anda, lebih kerap kena tukar minyak dan kalau anda tidak kerap, tidak perlu menukar barangan ini dengan kerap.

Kali ini, kami akan senaraikan item yang penting sebagai panduan asas terutama untuk anda menukar minyak hitam pilihan anda. Perkara asas adalah, tidak digalakkan untuk anda tukar minyak hitam anda di bengkel luar sebelum tempoh warranty. Kalau kereta Proton tu, 3 tahun adalah tempoh warranty, selepas 3 tahun dah boleh tukar di luar servis centre mereka. Mungkin anda akan bertanya kenapa nak tukar di luar servis centre mereka? Kerana terlalu ramai yang servis di centre, kadangkala untuk menukar minyak sahaja memakan masa sehingga 3 jam, sedangkan ianya perkara yang mudah diluar sana.

Jadi pastikam tempoh masa untuk warranty anda dan jika sudah melepasi tempoh, boleh tukar di luar. Yang lebih baik adalah, pilihan yang ada di luar lebih murah beserta ‘labour cost’ yang lebih berbaloi untuk anda cuba dan dapatkan.

Minyak Enjin Terbaik di Dunia

Minyak enjin adalah perkara asas untuk servis kereta anda. Kalau anda tanya saya, apakah minyak yang terbaik, ianya boleh pergi kepada yang terlalu teknikal. Kalau anda gunakan kereta anda untuk aktiviti yang ‘high performance’ seperti drift, memang anda perlukan yang sangat-sangat berkualiti. Tetapi, kalau anda gunakan kereta anda untuk berjalan atau pergi kerja, ini adalah pilihan terbaik yang kami boleh rekemen kerana saya sendiri sudah dapatkan jenama Lexus ini.

Pembelian Minyak Hitam Beserta Oil Filter di Lazada. Lexus adalah nama lain bagi Toyota dan ianya adalah minyak yang digunakan untuk kereta Toyota.

Kenapa terbaik? Kerana ianya adalah pilihan yang berjenama pada harga yang murah daripada harga pasaran. Biasanya ianya dijual pada harga RM120 tetapi anda boleh tengok berapa yang dijual di Lazada di SINI. Murah, original dan berkualiti adalah penyebab kenapa kami memilih ini adalah yang terbaik untuk minyak yang full syntetic. Berbaloi dan kami cadangkan untuk anda dapatkan yang sama juga.

Pilihan lain adalah Dynolube, murah dan berbaloi untuk anda cuba sendiri. Ianya mempunyai reviewer yang ramai dan telah ada lama dalam pasaran Malaysia.

Penapis Minyak

Penapis minyak adalah alatan wajib yang anda kena tukar sekali dengan oil fluid kalau anda servis kereta anda. Ada penjual yang menjual satu set dan untuk saya, saya beli asing-asing sahaja untuk lebih penjimatan. Lagipun, ada banyak pilihan yang ada untuk kereta anda. Pilih berdasarkan kepada yang muat untuk kereta anda.

Untuk memudahkan anda, ini adalah antara pilihan yang anda boleh dapatkan di Lazada. KLIK Sini untuk maklumat lanjut berkenaan dengan penapis yang ada.

Air Filter

Ini pun adalah antara alatan yang patut anda tukar tetapi tidak terlalu kerap. 8 kali servis baru tukar alat ini sekali. Ianya membolehkan udara yang lebih fresh dan segar untuk kereta anda.

Spark Plug

Ini pun antara alat yang anda perlu tukar yang tidak terlalu kerap, mungkin selepas 8 kali servis baru anda tukar yang ini. Banyak pilihan yang ada sekarang ini untuk alatan ini yang anda boleh dapatkan.

Bateri Kereta

Bateri terbahagi kepada dua sama ada basah ataupun kering. Yang basah, anda perlu sentiasa memeriksa kandungan air dalam bateri tersebut selalunya sebulan sekali. Kalau yang kering tidak perlu nak periksa kandungan bateri. Sebab itu yang kering lebih mahal sedikit berbanding dengan yang basah. Apapun, terpulang kepada anda dan boleh ke SINI untuk lihat pilihan yang anda boleh dapatkan di Lazada.

Jom Servis Kereta Anda

Inilah tips yang ringkas untuk servis kereta anda dan harap, anda boleh membuat penjimatan dengan pembelian secara online dan perkongsian saya ini memberikan manfaat. Untuk pengetahuan anda, saya jimat RM50 dengan pembelian minyak hitam dan penapis minyak secara online dan kemudian, upah pekerja bengkel RM10 untuk penukaran minyak. Taklah banyak tetapi RM50 tu, macam-macam benda boleh buat, lepas la nak beli susu anak dengan pampers sikit.