Kesan Sampingan Lemonex – Dah Sampai Setelah Beli

Ini adalah antara beberapa siri kes dan pengalaman saya sendiri untuk menguruskan badan dan mencuba sendiri produk Lemonex yang merupakan antara produk yang popular buat masa ini terutamanya kepada mereka yang mengalami berat badan ataupun obesiti. Juga kepada mereka yang kerap mengalami masalah berat badan dan persoalan popular seperti macam mana nak kurus?

Artikel ini adalah siri ke dua dan anda boleh membaca artikel saya dan sedikit mengenai saya di artikel INI. Untuk kali ini, saya akan cuba ceritakan sedikit update dan cara pemakanan, juga kesan sampingan yang saya sendiri alami setelah mencuba menggunakan produk ini selama beberapa hari. Saya akan teruskan update dari masa ke semasa berkenaan dengan produk ini dan terpulang kepada anda untuk membuat pembelian ataupun sebaliknya.

Lemonex Dah Sampai

Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba, Lemonex sudah siap di pos dan saya telah menerima produk ini. Penghantaran produk ini tidaklah terlalu laju, ada masalah dari segi shipping membuatkan produk ini lambat sampai berbanding kebiasaan. Apapun, yang penting, ianya sampai dan tiba masanya untuk membuka dan melihat ada yang ada di dalam kotak tersebut.

Nak tahu apa dalam kotak tersebut? Ini dia, tengok gambar bawah ini.

Ada 30 sachet item ini, bermakna anda boleh gunakan selama 30 hari dan lihat sama ada ianya berkesan ataupun sebaliknya. Cara makan dan cara penggunaan tidak susah, minum air ini bersama dengan 180ml air panas. Bagus diminum sebelum sarapan ataupun semasa sarapan. Juga kena pastikan yang anda meminum air yang mencukupi pada hari anda mengamalkan produk ini kerana takut badan akan terhidrat nanti.

Cara makan sebenarnya ada ditulis di luar botol, boleh cuba sendiri. Satu lagi syarat yang saya nampak kalau gunakan produk ini adalah, elakkan makanan manis ataupun minuman bergula pada waktu malam. Kalau yang dah terbiasa minum teh ais, kopi, milo ais tu, cuba elakkan daripada minum minuman tersebut pada waktu malam setelah menggunakan produk ini. Saya tiada masalah dengan yang ini dan ianya pada saya tidak susah. Minuman bergula ni memang ada banyak kalori yang anda kena tengok.

Di Mana Nak Beli?

Nak beli kat mana produk ini? Memang ada banyak seller yang jual, untuk saya, sekali lagi saya hanya beli di Lazada sahaja dengan Penjual YANG INI. Review yang ada di sini pun OK dan saya terus cuba sahaja. Kalau anda tak nak penjual yang ini pun tak mengapa, ada banyak lagi penjuaal lain yang anda boleh tengok. Nak senarai penjual yang menjual produk ini di Lazada, boleh tengok beberapa pilihan di SINI. Tengok juga review dan penghantaran sama ada ianya berbaloi ataupun tidak.

Kesan Sampingan Lemonex – Setelah Cuba Beberapa Hari

Ada 2 kesam sampingan yang ketara yang sama nampak sendiri seteleh menggunakan produk ini untuk beberapa hari.

#1 Buang Air Besar ada beberapa kali, tidaklah terlalu kerap dan ada sehari tu sampai beberapa kali buang air besar. Ianya saya syak disebabkan oleh saya amalkan produk ini, tiada yang lain. Pada hari kemudiaanya, tiada kesan sampingan ini pulak, hanya normal dan biasa sahaja.

#2 Nampak penurunan berat badan sedikit setelah menggunakan produk ini. Seteleh menggunakan produk ini selama 2 hari, nampak penurunan sedikit berat badan saya sebanyak 1 kg walaupun tidak melakukan senaman yang serious. Apapun, masih terlalu awal dan saya akan berikan lagi info terkini dan update terkini dari masa ke semasa sama ada produk ini betul berkesan ataupun hanyalah gimik iklan semata-mata.

Akan Update Lagi Dari Masa Ke Semasa

Nantikan update terkini dari kami untuk pengamalan dan penggunaan produk ini di pasaran sekarang. Harap ianya akan membantu anda sedikit dan sebanyak untuk menurunkan berat badan anda. Yang penting, pemakanan kena jaga, jangan bila amalkan produk ini, apabila malam, semua benda anda bedal, minuman bergula, makanan manis dan lain-lain. Kalau boleh jaga pemanakan juga dan lihat hasilnya sama ada berkesan ataupun sebaliknya.

Ulasan dan Review Lemonex – Supplimen Untuk Kurus Terbaik

Kali ini saya nak berikan review berkenaan dengan produk yang ada di pasaran sekarang ini iaitu Lemonex yang merupakan satu suplimen kurus yang ada dan berbaloi untuk anda cuba. Kali ini, saya kana mengambil inisiatif dan membahagikan artikel review ini kepada beberapa artikel agar memudahkan anda untuk melihat keberkesanan produk ini.

Kebanyakan review yang ada di internet bukanlah review yang sebenar dan kali ini, saya cuba sendiri yang mana yang paling bersesuaian dengan apa yang saya mahukan. Lagupun, harga produk ini tidaklah terlalu mahal dan berbaloi untuk saya cuba. Mana tahu, dengan pelaburan yang tidak seberapa itu, boleh mendapatkan saya berat badan yang saya inginkan. Tak cuba tak tahu kan!

Sedikit Mengenai Saya

Saya merupakan seorang eksekutif yang tinggal di Johor, bekerja di salah sebuah syarikat Multi Nasional Company di daerah Johor Bahru. Berat badan 98Kg, tinggi 170cm. Setelah mencuba pelabagai cara untuk menurunkan berat badan masih tidak berjaya lagi. Kali ini, dengan inisiatif produk ini, saya ingin lihat adakah ianya benar-benar berkesan ataupun hanya sekadar gimik semata-mata.

Saya akan pecahkan artikel ini kepada beberapa artikel dan cuba lihat, di akhir penggunaan produk ini, berapa banyak berat badan saya yang sudah turun. Nantikan artikel yang seterusnya dari kami.

Di Mana Saya Dapatkan Lemonex Ini?

Memang ada banyak penjual yang menjual produk ini, tetapi, setelah meneliti banyak review terutama dari bekas pembeli, saya bercadang untuk mendapatkan produk ini di SINI. Ya, di Lazada sahaja. Mudah dan berbaloi untuk saya gunakan, lebih dipercayai dan Lazada memang mempunyai pengaruh yang tersendiri. Kalau beli di sini, tidak perlu bimbang barangan tidak sampai setelah membuat pembelian.

Produk lain di SINI. Yang saya beli adalah yang saya rekemen di atas itu. Saya pun rekemen anda untuk dapatkan yang itu.

Apa Lagi Produk Yang Anda Perlukan?

Kalau anda memang serious untuk menurunkan berat badan anda, bukan setakat Lemonex ini sahaja yang anda perlu untuk dapatkan, ada satu lagi item yang wajib yang anda kena cuba sendiri untuk melihat keberkesanan produk ini. Ianya adalah penimbang berat badan. Kalau dah ada tidak mengapa, kalau tiada lagi alat penimbang dan anda ingin menurunkan berat badan anda, alat ini menjadi WAJIB untuk anda dapatkan. Untuk penimbang yang simple sahaja boleh tengok di SINI.

Untuk penimbang yang lebih detail siap dengan kiraan lemak di badan pula, saya rekemen untuk anda dapatkan dan lihat yang INI. Apapun, bergantung kepada bajet yang anda ada, saya lebih rekemen untuk anda dapatkan penimbang yang mampu mengira lemak dalam badan anda.

Perancangan Saya

Mula-mula sekali akan ikut perancangan ataupun cara minum yang dicadangkan. Minum 1 sachet 15 minit sebelum sarapan pagi.

Selepas pukul 7 tidak dibenarkan untuk minum air bergula ataupun makanan manis seperti kek dan lain-lain.

Nampak macam mudah, tapi kita tengok hasilnya selepas seminggu menggunakan produk ini. Sedikit penambahan, berikut adalah antara perkara lain yang akan saya lakukan;

#1 Senaman Sehari ataupun 2 hari seminggu
#2 Kurangkan portion makanan terutama makan malam
#3 Minuman Manis seperti kopi 3 in 1, sekali sehari
#4 Buat plank setiap hari, apa itu plank, boleh tengok video bawah

Ini adalah antara penambahan disamping pengambilan Lemonex ini. Saya pun sarankan untuk anda konsisten lakukan ini juga terutamanya senama “plank” ini sehari sekali. Lakukan dengan betul. “No pain, No Gain”.

Nantikan artikel yang seterusnya untuk info lebih banyak dari kami. [Update Terkini]

  1. Kesan sampingan Lemonex – Baca SINI