Kesan Sampingan Lemonex – Dah Sampai Setelah Beli

Ini adalah antara beberapa siri kes dan pengalaman saya sendiri untuk menguruskan badan dan mencuba sendiri produk Lemonex yang merupakan antara produk yang popular buat masa ini terutamanya kepada mereka yang mengalami berat badan ataupun obesiti. Juga kepada mereka yang kerap mengalami masalah berat badan dan persoalan popular seperti macam mana nak kurus?

Artikel ini adalah siri ke dua dan anda boleh membaca artikel saya dan sedikit mengenai saya di artikel INI. Untuk kali ini, saya akan cuba ceritakan sedikit update dan cara pemakanan, juga kesan sampingan yang saya sendiri alami setelah mencuba menggunakan produk ini selama beberapa hari. Saya akan teruskan update dari masa ke semasa berkenaan dengan produk ini dan terpulang kepada anda untuk membuat pembelian ataupun sebaliknya.

Lemonex Dah Sampai

Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba, Lemonex sudah siap di pos dan saya telah menerima produk ini. Penghantaran produk ini tidaklah terlalu laju, ada masalah dari segi shipping membuatkan produk ini lambat sampai berbanding kebiasaan. Apapun, yang penting, ianya sampai dan tiba masanya untuk membuka dan melihat ada yang ada di dalam kotak tersebut.

Nak tahu apa dalam kotak tersebut? Ini dia, tengok gambar bawah ini.

Ada 30 sachet item ini, bermakna anda boleh gunakan selama 30 hari dan lihat sama ada ianya berkesan ataupun sebaliknya. Cara makan dan cara penggunaan tidak susah, minum air ini bersama dengan 180ml air panas. Bagus diminum sebelum sarapan ataupun semasa sarapan. Juga kena pastikan yang anda meminum air yang mencukupi pada hari anda mengamalkan produk ini kerana takut badan akan terhidrat nanti.

Cara makan sebenarnya ada ditulis di luar botol, boleh cuba sendiri. Satu lagi syarat yang saya nampak kalau gunakan produk ini adalah, elakkan makanan manis ataupun minuman bergula pada waktu malam. Kalau yang dah terbiasa minum teh ais, kopi, milo ais tu, cuba elakkan daripada minum minuman tersebut pada waktu malam setelah menggunakan produk ini. Saya tiada masalah dengan yang ini dan ianya pada saya tidak susah. Minuman bergula ni memang ada banyak kalori yang anda kena tengok.

Di Mana Nak Beli?

Nak beli kat mana produk ini? Memang ada banyak seller yang jual, untuk saya, sekali lagi saya hanya beli di Lazada sahaja dengan Penjual YANG INI. Review yang ada di sini pun OK dan saya terus cuba sahaja. Kalau anda tak nak penjual yang ini pun tak mengapa, ada banyak lagi penjuaal lain yang anda boleh tengok. Nak senarai penjual yang menjual produk ini di Lazada, boleh tengok beberapa pilihan di SINI. Tengok juga review dan penghantaran sama ada ianya berbaloi ataupun tidak.

Kesan Sampingan Lemonex – Setelah Cuba Beberapa Hari

Ada 2 kesam sampingan yang ketara yang sama nampak sendiri seteleh menggunakan produk ini untuk beberapa hari.

#1 Buang Air Besar ada beberapa kali, tidaklah terlalu kerap dan ada sehari tu sampai beberapa kali buang air besar. Ianya saya syak disebabkan oleh saya amalkan produk ini, tiada yang lain. Pada hari kemudiaanya, tiada kesan sampingan ini pulak, hanya normal dan biasa sahaja.

#2 Nampak penurunan berat badan sedikit setelah menggunakan produk ini. Seteleh menggunakan produk ini selama 2 hari, nampak penurunan sedikit berat badan saya sebanyak 1 kg walaupun tidak melakukan senaman yang serious. Apapun, masih terlalu awal dan saya akan berikan lagi info terkini dan update terkini dari masa ke semasa sama ada produk ini betul berkesan ataupun hanyalah gimik iklan semata-mata.

Akan Update Lagi Dari Masa Ke Semasa

Nantikan update terkini dari kami untuk pengamalan dan penggunaan produk ini di pasaran sekarang. Harap ianya akan membantu anda sedikit dan sebanyak untuk menurunkan berat badan anda. Yang penting, pemakanan kena jaga, jangan bila amalkan produk ini, apabila malam, semua benda anda bedal, minuman bergula, makanan manis dan lain-lain. Kalau boleh jaga pemanakan juga dan lihat hasilnya sama ada berkesan ataupun sebaliknya.