Minyak Hitam Untuk Myvi – 2 Jenama Terbaik Untuk Anda!

Myvi meruapakan antara kereta pilihan di Malaysia sekarang ini. Ianya merupakan kereta yang mampu dimiliki, tidak terlalu mahal dan mempunyai harga yang munasabah di pasaran sekarang ini. Ianya telahpun berada lama di Malaysia dan artikel kali ini, kalau anda inginkan cara untuk servis kereta Myvi anda terutama kalau anda nak tukar ataupun ganti minyak hitam untuk Myvi, kami akan tunjukkan beberapa tips terbaik untuk anda.

Yang paling penting adalah, anda dapat memaksimumkan servis kereta anda agar ianya tidak menimbulkan masalah dikemudian hari. Servis mengikut waktu adalah sangat penting kalau anda ingin gunakan kereta anda untuk jangka masa yang panjang. Apapun, pada kali ini, kami akan berikan beberapa tips penting agar dengan itu, lebih mudah untuk anda mendapatkan pilihan yang terbaik terutama kalau anda nak servis kereta anda.

Tempoh Warranty Kereta Anda

Setiap kereta memang didatangkan dengan tempoh warranty yang ditetapkan. Biasanya dalam tempoh 3 sehingga 5 tahun, memang kalau boleh sentiasa servis di pusat servis walaupun ianya memang memakan masa yang lama.Kalau anda tidak servis di pusat servis, memang ada kemungkinan yang kereta anda akan ditarik balik warranty yang ada.

Selepas tempoh warranty tersebut, barulah sesuai untuk anda dapatkan minyak hitam terutama untuk kereta myvi anda. Pilihan yang ada selain daripada di pusat servis adalah lebih murah dan berbaloi dengan apa yang ditawarkan di pusat servis. Anda bebas untuk memilih jenama minyak hitam sama ada yang Semi Sintetik ataupun jenama yang lain-lain yang ada di pasaran. Lagi satu, servis kereta di luar daripada pusat servis memang menjimatkan masa anda terutama tidak perlu tunggu terlalu lama hanya untuk servis kereta. Cuba anda bayangkan, cuma hanya sekadar tukar minyak hitam pun mengambil masa sehingga 3 jam, ini pengalaman saya servis di Proton dahulu.

Kalau anda servis di luar, mungkin mengambil masa tak sampai 30 minit untuk anda servis sendiri kereta anda.

Pilihan Minyak Enjin Yang Ada

Kalau nak servis sendiri di luar, memang banyak pilihan yang ada sekarnag ini. Kalau memang anda sering menggunakan minyak jenama Perodua, boleh teruskan untuk anda gunakan. Teruskan penggunaan minyak yang ada ini sangat berbaloi untuk jangka masa panjang dan memang kalau anda tiada masalah dengan jenama yang lama, sangat kami galakkan untuk anda terus gunakan. Untuk pilihan yang ada, boleh tengok artikel kami di sini berkenaan dengan minyak hitam Perodua yang ada di pasaran sekarang.

Kalau nak pilihan untuk Myvi, kami rekemen untuk anda gunakan yang INI. Antara pilihan yang baik untuk minyak hitam terbaik dan berkualiti yang ada di pasaran sekarang.

Selain daripada itu juga, kalau anda ingin mencuba jenama yang baru, kami rekemen jenama Lexus ini. Ianya adalah antara pilihan murah dengan kualiti yang baik. Sangat sesuai dengan kereta Myvi anda. Kami paling rekemen yang ini sebagai alternatif kepada minyak jenama Perodua yang ada di pasaran sekarang ini.

Oil Filter

Selain daripada minyak, antara item yang anda perlu ambil kira terutama kalau nak tukar minyak enjin adalah oil filter yang anda gunakan. Boleh tengok beberapa pilihan yang ada di sini untuk oil filter myvi anda. Kedua-dua item ini adalah yang paling asas kalau anda ingin tukar minyak hitam ataupun servis asas di kedai. Kalau nak ikutkan, memang banyak item lain yang anda perlu ambil kira antaranya adalah bateri kereta, tayar dan lain-lain lagi, tetapi, cukuplah sampai sini dahulu.

Kalau anda pening dan tak tahu yang mana yang paling berbaloi, ini adalah antara pilihan yang anda boleh dapatkan di pasaran sekarang. Buat pilihan dan pilihlah yang terbaik berdasarkan kepada fungsi dan bajet anda.