Tips Beli Bateri Kereta Terbaik – Paling Untung & Jimat

Artikel pada kali ini juga adalah berkenaan dengan penjagaan kereta. Lebih speasifik adalah berkenaan dengan bateri kereta terbaik yang ada di pasaran sekarang ini. Memang tidak dinafikan, anda mempunyai pilihan untuk mencari apakah yang terbaik berdasarkan kepada harga dan jenis yang anda inginkan.

Kalau boleh, pilihlah yang jimat dan tahan lama agar anda tidak perlu terlalu kerap mengganti bateri kereta anda. Dengan itu, lebih mudah untuk anda merancang masa dan perjalanan anda dan penjagaan kereta anda menjadi lebih jimat.Kali ini juga, kami akan berikan beberapa tempat menarik untuk anda dapatkan bateri ini pada harga yang berbaloi dan terbaik berdasarkan kepada bajet anda.

Pilih Bateri Basah Atau Kering Untuk Kereta Anda

Bateri ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu jenis yang basah dan juga satu lagi adalah jenis yang kering. Anda boleh menggunakan kedua-dua jenis bateri ini untuk kereta anda yang paling penting adalah, ianya sesuai untuk kereta anda ataupun sebaliknya.

Bateri basah adalah antara pilihan yang murah yang ada sekarang ini. Untuk pengetahuan anda, memang harga murah daripada bateri kering tetapi anda perlu untuk menjaga air. Kena tengok paling kurang sebulan sekali dan kalau air dah mula sikit, memang kena isi. Kalau anda tak pernah hirau pasal air, memang tak lama lepas anda beli je akan kehabisan bateri ini dan tidak boleh start. Jadi, kalau anda bercadang untuk membeli jenis basah ini, pastikan anda kena selalu memeriksan kandungan air dalam bateri tersebut.

Satu lagi pilihan adalah bateri kering. Ianya adalah pilihan terbaik terutama kalau anda tiada masa nak periksa kandungan air seperti jenis yang basah. Ianya tidak perlukan pemerhatian yang kerap seperti bateri basah. Cuma bezanya adalah, yang kering ini mahal sedikit berbanding dengan yang basah. Kalau memang anda tiada masa untuk periksa bateri sebulan sekali, memang kami cadangkan untuk anda dapatkan yang ini.

Dari segi pilihan yang ada pula, memang anda boleh memilih berdasarkan kepada harga dan jenis yang anda inginkan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih baik, berikut adalah antara beberapa pilihan yang anda boleh dapatkan secara online.

>>KLIK Untuk Pilihan Bateri Terbaik<<

Pilihan ditangan anda dan dapatkan yang terbaik yang anda mahukan.

Tips Penjagaan Kereta Terbaik

Untuk penjagaan kereta, tidak hanya bateri, banyak lagi faktor yang anda perlu ambil kira untuk penjagaan kereta anda. Antara perkara yang penting adalah untuk anda menjaga servis kereta anda apabila tiba masanya. Kalau kereta anda masih lagi dalam tempoh warranty, memang tiada cara lain untuk anda menghantar kereta anda untuk servis di pusat-pusat warranty yang anda. Tetapi, kalau kereta anda tidak dalam tempoh warranty, antara pilihan adalah untuk anda buat servis kereta di luar.

Kalau di pusat servis, ianya mengambil masa berjam-jam hanya untuk menukar minyak hitam! Sebab itu, kami galakkan untuk anda membuat servis diluar sahaja selepas tempoh warranty sudah tamat. Ini untuk menjimatkan masa anda dan juga lebih penjimatan yang anda boleh dapatkan. Kenapa lebih jimat, kerana anda boleh beli siap-siap minyak hitam dan juga oil filter dahulu. Nak tahu macam mana nak dapat murah? Boleh ke artikel INI untuk tips penjimatan oil filter terbaik dan murah.

Kalau anda jaga servis ataupun minyak hitam serta perkara-perkara lain, memang kereta anda akan tahan lebih lama dan boleh digunakan untuk pelbagai perkara. Jaga bateri, jaga minyak hitam, insyaAllah anda dapat memandu kereta anda untuk jangka masa yang lebih lama dan barulah berbaloi untuk anda gunakan kereta anda.