7 Punca Kereta Tak Boleh Start – No 7 Paling Biasa

Ramai diantara kita yang mempunyai kereta tetapi tidak mengambil tahu tentang kereta yang dipandu. Tidak kira lelaki atau perempuan, mengambil tahu serba sedikit berkenaan masalah dan penjagaan kereta adalah penting untuk memastikan jangka hayat kereta kita lebih panjang dan pemanduan lebih selamat. Salah satu masalah yang kerap dihadapi oleh pemilik kereta adalah masalah kereta yang tidak dapat dihidupkan. Secara umumnya, terdapat banyak punca kereta tak boleh start. Artikel kali ini akan membincangkan 7 sebab kenapa kereta anda tidak boleh start.

Mengetahui punca adalah penting agar masalah dapat diselesaikan dengan kadar segera. Ini kerana ada masalah kereta yang tidak boleh dihidupkan sebenarnya boleh diatasi secara ‘on-the-spot’sekiranya punca tersebut dapat dikenalpasti.

Masalah Bateri

Punca paling popular kereta tidak dapat dihidupkan adalah disebabkan oleh masalah bateri. Ini boleh disebabkan oleh bateri kereta yang lemah ataupun pendawaian kabel pada beteri yang longgar atau rosak. Bateri kereta terdiri daripada 2 jenis iaitu bateri kering dan bateri basah. Bateri kering merujuk kepada beteri kereta yang tidak memerlukan penyeleggaraan manakala bateri basah memerlukan penyelenggaraan dari masa ke semasa.

Dari segi jangka hayat, bateri basah lebih tahan lama sehingga 3 atau 4 tahun sekiranya diselenggara dengan baik.

Antara tanda kereta tak boleh dihidupkan disebabkan bateri adalah jika panel meter menyala tapi bila pusing kunci lampu makin malap dan terdapat bunyi “tik tik tik tik” menandakan bateri lemah.

Kedudukan Gear

Nampak seperti kelakar, tetapi hakikatnya ramai yang tidak tahu. Jika anda menggunakan kereta dengan transmisi automatik, kereta anda tidak akan dapat di start melainkan gear anda berada pada kedudukan Neutral (N) atau Parking (P). Sekiranya gear anda berada pada kedudukan D, R, 2 atau L, kereta anda tidak akan dapat dihidupkan. Jika ini masalahnya, anda boleh atasinya ‘on-the-spot’.

Pam Petrol (Fuel Pump)

Pam petrol terletak di bahagian tangka minyak. Ia berfungsi untuk mengepam petrol ke enjin kereta anda. Sekiranya pam ini rosak, petrol tidak akan dapat dipam ke enjin dan enjin tidak dapat dihidupkan. Jika masalah ini berlaku, anda perlu hantar ke bengkel untuk tukar pam tersebut.

Spark Plug

Satu lagi sebab yang popular adalah kerana kerosakan spark plug. Spark plug adalah pencetus kepada pembakaran dalam enjin, jika spark plug tidak dapat menghasilkan ‘spark’ maka enjin tidak dapat dihidupkan.

Kereta yang mempunyai masalah spark plug biasanya apabila cuba dihidupkan akan dengar ‘crank’ enjin tetapi sukar untuk hidup. Jika dapat hidup pun enjin akan semput dan akan mati semula. Caranya, kena servis spark plug dengan lebih kerap lagi.

Alternator

Alternator adalah bahagian dalam enjin yang mengecas semula bateri kereta anda. Jika alternator rosak, bateri kereta anda tidak akan dicas dan kereta tidak akan dapat dihidupkan.

ECU Kereta

Kebanyakan kereta sekarang mempunyai sistem elektronik yang kompleks. Kadang-kadang kapasitor dalam ECU pecah dan bocor lalu menghasilkan asid yang boleh mencairkan board ECU tu. Jika ECU tu yang rosak, sila hantar untuk baiki secepat mungkin. Ini adalah penting untuk mengelakkan anda daripada terpaksa menukar keseluruhan set ECU yang mahal.

Masalah Starter

Sebelum starter rosak sepenuhnya ia akan memberikan tanda terlebih dahulu. Pernah tak anda terlupa yang enjin tengah hidup dan anda crank lagi sekali dan kemudian ada bunyi seperti besi bergesel? Bunyi yang sama akan terhasil bila starter kereta anda dah mula haus. Sebelum tak boleh hidup langsung enjin anda, baik tukar.

Sebenarnya banyak lagi punca kereta tak boleh start sama ada punca secara langsung atau tidak langsung. Apa yang penting adalah anda ambil tahu keadaan kenderaan anda dan jalankan penyelenggaraan secara berkala. Sekiranya ada tanda-tanda enjin anda sukar untuk start, beritahu kepada mekanik untuk mereka periksa sebaiknya.

Leave a Comment