Punca Aircond Kereta Tak Sejuk – Ikut Langkah Ini Untuk…

Kalau anda memiliki kereta yang lebih daripada 4 tahun, akan ada beberapa masalah yang berlaku dengan kereta anda. Antaranya adalah aircond kereta anda. Kali ini, kami akan memberikan beberapa tips berkenaan dengan punca aircond kereta anda tidak sejuk dan cara mudah untuk anda mengatasi masalah tersebut.

Hanya dengan beberapa langkah mudah sahaja, anda dapat memperbaiki isu ini dan ianya membolehkan penghawa dingin kereta anda dapat berfungsi seperti biasa. Untuk perkara ini, anda boleh lakukan sendiri ataupun meminta kedai di tempat anda untuk lakukan. Ianya tidaklah susah dan anda boleh lakukan sendiri sebenarnya.

Bersihkan Filter di Bawah Dashboard Tempat Duduk

Macam mana nak lakukan? Ianya tidak susah, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk bersihkan filter yang ada di bahagian tempat duduk sebelah driver. Cabut filter tersebut dan bersihkan.

Berdasakan pengalaman saya, apabila anda lakukan ini, penghawa dingin kereta anda kembali sejuk seperti baru beli di kedai. Boleh cuba teknik ini. Ianya tidak terlalu susah, kalau anda dah cuba buat tetapi tak berjaya, semasa tukar ataupun servis kereta anda, anda boleh mintak pemilik bengkel kereta buatkan. Kalau anda servis di pusat servis memanglah mereka tak layan sebab mereka ada banyak sangat kereta. Tetapi kalau anda servis ataupun tukar minyak hitam anda di luar, biasanya, mereka akan cuba tolong.

Nampak macam susah kan, tapi sebenarnya tidak susah, anda boleh lakukan sendiri ataupun ikut panduan seperti di bawah. Sama ada kereta anda Perodua Myvi, Axia, Viva, Alza, mahupun kereta Proton Persona, Saga, Iriz, Perdana, semua menggunakan konsep yang sama. Bayangkan, cuma bersihkan filter ini, ianya memberikan kesejukan air cond seperti anda membeli kereta yang baru. Menarik kan!

Cara yang lebih detail ada kami ceritakan di bawah ini;

Apa yang anda perlu lakukan adalah lakukan servis kereta anda secara berkala. Kalau anda boleh lakukan perkara ini secara berkala, memang tiada masalah untuk melihat kereta anda lebih baik dan lebih sejuk daripada biasa. Ini adalah antara punca yang biasa terjadi untuk untuk aircond yang tidak sejuk. Boleh lakukan tips ini untuk kereta anda.

Servis Berkala

Ada beberapa perkara yang penting yang anda perlu tahu berkenaan dengan servis berkala. Alang-alang anda sudah sampai ke sini, kami rekemen anda untuk lihat beberapa artikel kami berkenaan dengan servis kereta. Pertama sekali adalah berkaitan dengan minyak pelincir ataupun minyak hitam. Boleh baca artikel ini untuk mendapatkan deal terbaik minyak hitam di pasaran.

Seterusnya adalah berkenaan dengan pemilihan tayar kereta untuk kereta anda. Ini adalah antara beberapa perkara yang anda perlu tahu kalau anda mahu menukar tayar kereta anda. Juga pemilihan bateri kereta untuk kereta anda. Apapun buat pilihan dan pilihlah yang terbaik untuk kereta anda.

Dah Bersihkan Filter Tapi Aircond Masih Tak Sejuk?

Tips ini mungkin sesuai untuk kereta baru dan apapun, kalau ianya terjadi kepada anda, lebih baik bawa kereta anda kepada pusat servis penghawa dingin. Mungkin ada item yang leaking dan perlu ditukar untuk menjadikan kereta anda kembali kepada sediakala. Lagipun sekarang ini, ada banyak pilihan pusat servis penghawa dingin untuk kereta.

Apapun, buat seperti yang kami cadangkan ini dahulu dan lihat kesannya. Nak tahu sama ada tips ini berkesan ataupun tidak itu, terpulang kepada anda.

Leave a Comment