Harga Tayar Silverstone – Pilihan Terbaik & Murah

Memang banyak jenama Tayar sekarang ini daripada jenama yang biasa-biasa kepada jenama yang memang berkualiti yang ada di Malaysia. Alang-alang kalau nak beli tayar tu, memang kami akan rekemen jenama yang berkualiti agar anda boleh gunakan untuk satu jangka masa yang panjang. Apapun, kali ini, kalau memang anda sedang mencari tayar, kami rekemen tayar ini terutama kalau anda nak tahu berapakah harga tayar Silverstone ini di Malaysia.

Tayar memang banyak, nak pilihan yang berkualiti ini memang kena pilih betul-betul. Pengalaman saya gunakan tayar yang murah, memang lebih baik tambah sikit sahaja untuk dapatkan tayar yang lebih berkualiti. Apapun, kali ini, kami akan berikan kepada anda info terkini berkenaan dengan pilihan dan tips pemilihan tayar. Yang paling penting anda beli dan berbaloi untuk gunakan barangan tersebut.

Pengalaman Gunakan Tayar Silverstone

Masa saya beli kereta Saga dahulu, memang beli je dah diberikan tayar jenis Silverstone ini. Saga kepunyaan saya itu saya beli tahun 2011. Tayar jenis ini adalah antara jenama yang bagus dan harganya pula tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Pernah juga cuba untuk tukar jenama lain yang lebih murah tetapi lepas gunakan setahun dan ada banyak masalah. Masalah yang ketara adalah sudah keluar dawai dan lain-lain lagi. Jadi, mahu ataupun tidak kenalah cari jenama lain.

Boleh kata yang Silverstone ini adalah antara jenama yang paling bagus pada harga pertengahan. Tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah untuk anda gunakan. Apapun, ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan tak salah untuk anda cuba, mana tahu ianya juga memberikan pengalaman yang baik untuk anda.

Survey Harga Tayar Ini

Nak tahu berapa harga tayar ini kena tahu berapa inch jenis rim yang kereta anda sedang gunakan. Kalau kereta macam Proton Saga, biasanya 13inch sahaja Rim yang digunakan. Harga dalam Rm100 ke Rm130 untuk jenama ini. Kalau kereta yang lebih besar mungkin perlukan Rim kereta yang lebih besar dan harganya bertambah.

Apapun, tak mahu cakap banyak, nak tahu berapa harga barangan ini, boleh tengok beberapa pilihan yang kami rekemen di bawah ini.

1 Tengok Silverstone DI SINIĀ 

2 Pilihan Jenama Silverstone lain di SINI

3 Pilihan Tayar Kereta Lain – KLIK SINI

Daripada beberapa pilihan ini, anda sudah boleh tentukan anggaran kos yang anda perlukan untuk menukar tayar kereta anda, Mungkin anda perlu menukar 4 biji sekaligus ataupun anda hanya perlu menukar 2 biji sekaligus sahaja. Yang penting tukar apabila sampai masanya.

Elak Guankan Tayar 2nd Hand

Memang kalau boleh elakkan gunakan tayar 2nd hand kerana kualiti yang ada itu tidaklah terlalu baik untuk anda gunakan. Tayar Silverstone ini adalah antara pilihan yang baik yang anda boleh gunakan kerana harganya yang berbaloi dan terbaik.

Satu lagi, tayar merupakan antara elemen penting juga untuk menjimatkan minyak. Tekanan yang mencukupi di dalam tayar semasa anda memandu memang memberikan impak yang bagus kepada penggunaan minyak. Jadi, pemilihan tayar yang baik akan mengekalkan kadar tekanan dalam tayar tersebut. Ini mungkin adalah antara tips jimat minyak yang ada, iaitu sentiasa membuat tayar kereta anda pada tekanan yang optimum.

Ini adalah antara beberapa tips penting untuk mengekalkan kadar tekanan dalam tayar anda. Yang penting sekali adalah, dapatkan tips yang betul untuk tayar yang anda mahukan. Pilih jenama yang baik dan biarlah ianya satu pilihan yang berbaloi untuk anda.

Leave a Comment