Kali ini kami ingin menceritakan tentang waktu subur lelaki yang ramai tak tahu. Kalau nak tahu waktu subur perempuan itu tidak susah, sekarang ini pun sudah ada banyak aplikasi online yang menunjukkan waktu subur untuk perempuan dan boleh didapati dengan mudah. Kalau untuk waktu yang paling sesuai untuk kesuburan lelaki pula tidaklah seperti wanita. Apapun, kali ini, kami akan mengupas isu ini dan harap anda boleh mengambil manfaat daripada perkongsian artikel ini.
Lelaki memang sentiasa subur kerana apa yang diperlukan untuk melahirkan anak adalah sperma lelaki dan ianya memang sentiasa ada. Tetapi, kalau nak waktu yang paling sesuai untuk kesuburan bagi kaum lelaki ada waktu-waktu dan tips-tips tertentu. Kali ini, kami akan berikan kepada anda tips-tips tersebut agar memudahkan anda dan pasangan untuk merancang kehamilan. Apabila anda bersetubuh pada waktu paling subur lelaki dan waktu subur wanita, ianya memang akan meningkatkan peluang untuk mendapatkan anak.
#1 Sperma Lelaki Di Pengaruhi Waktu Dan Suhu
Memang ada kajian yang menunjukkan, sperma lelaki dipengaruhi oleh waktu dan suhu. Kalau di luar negara tu, sperma lelaki adalah lebih aktif dan lebih banyak pada waktu musim sejuk. Tetapi, di Malaysia ini tiada musim sejuk dan antara langkah yang lain adalah untuk mendapatkan timing yang terbaik untuk sperma yang berkualiti. Setelah banyak kajian dibuat, waktu yang paling subur untuk sperma lelaki adalah pada jam 4 pagi sehingga 7 pagi. Ini adalah antara waktu yang terbaik untuk kesuburan lelaki.
Kajian lain ada yang menunjukkan sperma kurang aktif pada waktu siang terutamanya tengah hari. Kalau boleh, cuba untuk anda elakkan daripada melakukan persetubuhan pada waktu ini kalau anda ingin mendapatkan sperma yang optimum untuk anda.
Kami juga sangat rekemen anda untuk dapatkan supplimen INI untuk kesihatan dan kesuburan lelaki. Bagus untuk anda dapatkan.
#2 Penjagaan Sperma Yang Baik Untuk Kesuburan Bila-Bila Masa
Disebabkan oleh faktor kesuburan lelaki yang tidak seperti wanita, adalah penting juga untuk anda mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk kesihatan tubuh badan yang berpanjangan. Apabila tubuh badan sihat, ianya membolehkan sperma yang dihasilkan untuk turut sihat dan bertenaga. Sekarang ini, memang diakui akibat daripada tekanan kerja menyebabkan ramai yang tidak dapat bersenam secara konsisten walaupun seminggu sekali. Jadinya, memang akan berlaku masalah kesuburan disitu.
Nak cara mudah, kami rekemen sahaja anda ada alat INI di rumah, mudah urusan anda nanti. Boleh lakukan senaman pada bila-bila masa. Kalau tiada alat ini pun, tidak mengapa kerana beli sahaja alatan bersukan dan main la bola sepak, badminton dan lain-lain dengan kawan-kawan sepejabat. Ini pun antara tips penjagaan kesihatan yang baik agar sperma yang terhasil berkualiti dan terbaik.
#3 Elak Memakai Seluar Dalam Waktu Tidur
Ini juga adalah antara tips untuk kesuburan lelaki iaitu elakkan memakai seluar dalam semasa tidur. Dengan itu, lebih banyak sperma yang akan terhasil nanti. Kalau anda menggunakan seluar dalam memang ada kemungkinan, sedikit sahaja sperma yang akan terhasil nanti. Jadi, elakkan untuk anda gunakan seluar dalam pada waktu malam.
#4 Amalkan Pemakanan Yang Sihat
Pemakanan pun mempengaruhi kesuburan lelaki. Elakkan daripada memakan makanan yang mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dan berminyak untuk kesihatan berpanjangan. Untuk tips sperma yang hebat dan berkualiti, kami rekemen untuk anda dapatkan supplimen ini. Ianya adalah formulasi terbaik dan diluluskan kementerian kesihatan Malaysia untuk kesihatan lelaki terbaik, boleh dapatkan di pasaran sekarang.
Apapun, amalkan kesemua tips kesihatan ini dan kalau anda ingin mendapatkan anak, cuba untuk bersama dengan suami ataupun bagi lelaki untuk bersama dengan isteri pada pagi pukul 4 hingga 7 pagi. Juga pada waktu yang isteri sedang subur untuk mendapatkan kebarangkalian mendapatkan anak.