3 Harga Tayar Kereta – Sangat Murah dan Berbaloi

Berapa harga tayar kereta untuk kereta anda? Kalau nak tahu, berapa harga tayar ini, memang anda kena tahu maklumat yang paling asas iaitu saiz rim anda. 13inch, 15inch ataupun macam mana. Bila dapat maklumat ini, lebih mudah untuk anda mendapat tahu harga tayar yang anda inginkan. Selain daripada itu juga, jenama adalah antara faktor lain yang menentukan harga sesebuah tayar kereta anda. Jenama yang terkenal memang akan memberikan harga yang mahal dan berbaloi.

Kali ini, kami akan memberikan beberapa tips penting berkenaan dengan harga dan cara untuk survey tayar kereta di pasaran. Lepas tu, anda buat pilihan untuk tentukan sama ada ianya berbaloi ataupun sebaliknya.

Pilihan Berbaloi dan Terbaik

Sebelum pergi lebih jauh, anda perlu tahu dahulu sama ada tayar anda saiz apa. Kalau anda sudah tahu saiz tayar anda lebih mudah dan boleh skip part yang ini. Tetapi, kalau tak tahu lagi saiz, boleh tengok beberapa tips yang kami nak berikan kepada anda ini.

Caranya mudah, lihat pada tayar anda kod dibawah;

Daripada situ anda boleh tahu jenama yang mana yang bersesuaian dengan tayar anda.

Jom Semak Price

Cara untuk semak harga pula tidaklah terlalu susah kerana kami cadangkan untuk anda lihat sahaja apa yang ada di Lazada. Harga yang ada di sana boleh dikatakan sebagai harga terkini dan bersesuaian dengan harga market. Dari situ, anda sudah dapat agak berapa harga barangan ini yang ada di pasaran.

#1 Tengok Pilihan Murah DI SINI

#2 Tak Tahu Nak Pilih Yang Mana? Tengok senarai di SINI

Perkara Penting Berkenaan Dengan Pemilihan Tayar

Ini kalau anda ingin membeli tayar yang baru di pasaran. Kena tahu tahun tayar ini dikeluarkan. Caranya adalah dengan tengok pada 4 abjad terakhir. Sebagai contoh, jika abjad terakhir adalah 0717, makan tahun tayar ini dibuat adalah pada July 2017. Daripada situ, anda boleh mengagak sama ada tayar ini bersesuaian dengan apa yang anda mahukan.

Kalau anda mahukan tayar yang dikeluarkan pada tahun sebelum tahun ini dibuat, berikut adalah antara panduan yang sepatutnya anda ada untuk pembelian tayar. Boleh dapat diskaun kalau tahun tayar yang dibuat itu adalah tahun sebelum ini.

2016 = 20%
2015 = 40%

Dan seterusnya. Kalau tahun tayar ini dibuat lebih lama, memang lagi banyak la sepatutnya anda dapat diskaun. Pada saya, lebih baik dapatkan tayar yang lama daripada tayar yang terpakai. Memang harga tayar 2nd hand ini murah tetapi dari segi ketahanan dan aspek keselamatan pula memang tidak terjamin. Kalau mampu tu, memang lebih baik beli sahaja yang baru yang ada di pasaran sekarang ini. Dari situ, barulah ianya berbaloi untuk anda gunakan bertahun-tahun. Lagipun memang untuk tayar ini, memang kena gunakan untuk jangka masa yang lama sehingga bertahun-tahun.

Aksesori Lain

Alang-alang dah nak cari tayar ini, selain daripada itu juga, ada beberapa item lain yang anda perlu lakukan secara berkala untuk kereta anda. Yang saya maksudkan adalah servis berkala untuk kereta anda. Yang paling kerap untuk anda lakukan adalah untuk tukar minyak hitam. Disebabkan ianya kerap dilakukan, akan sangat berbaloi kalau anda dapatkan pilihan minyak ini pada harga yang murah dan terbaik. Untuk itu, saya rekemen untuk anda lihat SINI untuk pilihan dan tips servis kereta murah.

Buat pilihan anda sendiri dan kalau anda hanya nak tahu harga tayar yang anda mahukan, boleh pergi ke Lazada dan lihat sendiri pilihan tayar yang ada. Dari situ ada banyak pilihan yang ada.

Tips Beli Bateri Kereta Terbaik – Paling Untung & Jimat

Artikel pada kali ini juga adalah berkenaan dengan penjagaan kereta. Lebih speasifik adalah berkenaan dengan bateri kereta terbaik yang ada di pasaran sekarang ini. Memang tidak dinafikan, anda mempunyai pilihan untuk mencari apakah yang terbaik berdasarkan kepada harga dan jenis yang anda inginkan.

Kalau boleh, pilihlah yang jimat dan tahan lama agar anda tidak perlu terlalu kerap mengganti bateri kereta anda. Dengan itu, lebih mudah untuk anda merancang masa dan perjalanan anda dan penjagaan kereta anda menjadi lebih jimat.Kali ini juga, kami akan berikan beberapa tempat menarik untuk anda dapatkan bateri ini pada harga yang berbaloi dan terbaik berdasarkan kepada bajet anda.

Pilih Bateri Basah Atau Kering Untuk Kereta Anda

Bateri ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu jenis yang basah dan juga satu lagi adalah jenis yang kering. Anda boleh menggunakan kedua-dua jenis bateri ini untuk kereta anda yang paling penting adalah, ianya sesuai untuk kereta anda ataupun sebaliknya.

Bateri basah adalah antara pilihan yang murah yang ada sekarang ini. Untuk pengetahuan anda, memang harga murah daripada bateri kering tetapi anda perlu untuk menjaga air. Kena tengok paling kurang sebulan sekali dan kalau air dah mula sikit, memang kena isi. Kalau anda tak pernah hirau pasal air, memang tak lama lepas anda beli je akan kehabisan bateri ini dan tidak boleh start. Jadi, kalau anda bercadang untuk membeli jenis basah ini, pastikan anda kena selalu memeriksan kandungan air dalam bateri tersebut.

Satu lagi pilihan adalah bateri kering. Ianya adalah pilihan terbaik terutama kalau anda tiada masa nak periksa kandungan air seperti jenis yang basah. Ianya tidak perlukan pemerhatian yang kerap seperti bateri basah. Cuma bezanya adalah, yang kering ini mahal sedikit berbanding dengan yang basah. Kalau memang anda tiada masa untuk periksa bateri sebulan sekali, memang kami cadangkan untuk anda dapatkan yang ini.

Dari segi pilihan yang ada pula, memang anda boleh memilih berdasarkan kepada harga dan jenis yang anda inginkan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih baik, berikut adalah antara beberapa pilihan yang anda boleh dapatkan secara online.

>>KLIK Untuk Pilihan Bateri Terbaik<<

Pilihan ditangan anda dan dapatkan yang terbaik yang anda mahukan.

Tips Penjagaan Kereta Terbaik

Untuk penjagaan kereta, tidak hanya bateri, banyak lagi faktor yang anda perlu ambil kira untuk penjagaan kereta anda. Antara perkara yang penting adalah untuk anda menjaga servis kereta anda apabila tiba masanya. Kalau kereta anda masih lagi dalam tempoh warranty, memang tiada cara lain untuk anda menghantar kereta anda untuk servis di pusat-pusat warranty yang anda. Tetapi, kalau kereta anda tidak dalam tempoh warranty, antara pilihan adalah untuk anda buat servis kereta di luar.

Kalau di pusat servis, ianya mengambil masa berjam-jam hanya untuk menukar minyak hitam! Sebab itu, kami galakkan untuk anda membuat servis diluar sahaja selepas tempoh warranty sudah tamat. Ini untuk menjimatkan masa anda dan juga lebih penjimatan yang anda boleh dapatkan. Kenapa lebih jimat, kerana anda boleh beli siap-siap minyak hitam dan juga oil filter dahulu. Nak tahu macam mana nak dapat murah? Boleh ke artikel INI untuk tips penjimatan oil filter terbaik dan murah.

Kalau anda jaga servis ataupun minyak hitam serta perkara-perkara lain, memang kereta anda akan tahan lebih lama dan boleh digunakan untuk pelbagai perkara. Jaga bateri, jaga minyak hitam, insyaAllah anda dapat memandu kereta anda untuk jangka masa yang lebih lama dan barulah berbaloi untuk anda gunakan kereta anda.