7 Punca Kereta Tak Boleh Start – No 7 Paling Biasa

Ramai diantara kita yang mempunyai kereta tetapi tidak mengambil tahu tentang kereta yang dipandu. Tidak kira lelaki atau perempuan, mengambil tahu serba sedikit berkenaan masalah dan penjagaan kereta adalah penting untuk memastikan jangka hayat kereta kita lebih panjang dan pemanduan lebih selamat. Salah satu masalah yang kerap dihadapi oleh pemilik kereta adalah masalah kereta yang tidak dapat dihidupkan. Secara umumnya, terdapat banyak punca kereta tak boleh start. Artikel kali ini akan membincangkan 7 sebab kenapa kereta anda tidak boleh start.

Mengetahui punca adalah penting agar masalah dapat diselesaikan dengan kadar segera. Ini kerana ada masalah kereta yang tidak boleh dihidupkan sebenarnya boleh diatasi secara ‘on-the-spot’sekiranya punca tersebut dapat dikenalpasti.

Masalah Bateri

Punca paling popular kereta tidak dapat dihidupkan adalah disebabkan oleh masalah bateri. Ini boleh disebabkan oleh bateri kereta yang lemah ataupun pendawaian kabel pada beteri yang longgar atau rosak. Bateri kereta terdiri daripada 2 jenis iaitu bateri kering dan bateri basah. Bateri kering merujuk kepada beteri kereta yang tidak memerlukan penyeleggaraan manakala bateri basah memerlukan penyelenggaraan dari masa ke semasa.

Dari segi jangka hayat, bateri basah lebih tahan lama sehingga 3 atau 4 tahun sekiranya diselenggara dengan baik.

Antara tanda kereta tak boleh dihidupkan disebabkan bateri adalah jika panel meter menyala tapi bila pusing kunci lampu makin malap dan terdapat bunyi “tik tik tik tik” menandakan bateri lemah.

Kedudukan Gear

Nampak seperti kelakar, tetapi hakikatnya ramai yang tidak tahu. Jika anda menggunakan kereta dengan transmisi automatik, kereta anda tidak akan dapat di start melainkan gear anda berada pada kedudukan Neutral (N) atau Parking (P). Sekiranya gear anda berada pada kedudukan D, R, 2 atau L, kereta anda tidak akan dapat dihidupkan. Jika ini masalahnya, anda boleh atasinya ‘on-the-spot’.

Pam Petrol (Fuel Pump)

Pam petrol terletak di bahagian tangka minyak. Ia berfungsi untuk mengepam petrol ke enjin kereta anda. Sekiranya pam ini rosak, petrol tidak akan dapat dipam ke enjin dan enjin tidak dapat dihidupkan. Jika masalah ini berlaku, anda perlu hantar ke bengkel untuk tukar pam tersebut.

Spark Plug

Satu lagi sebab yang popular adalah kerana kerosakan spark plug. Spark plug adalah pencetus kepada pembakaran dalam enjin, jika spark plug tidak dapat menghasilkan ‘spark’ maka enjin tidak dapat dihidupkan.

Kereta yang mempunyai masalah spark plug biasanya apabila cuba dihidupkan akan dengar ‘crank’ enjin tetapi sukar untuk hidup. Jika dapat hidup pun enjin akan semput dan akan mati semula. Caranya, kena servis spark plug dengan lebih kerap lagi.

Alternator

Alternator adalah bahagian dalam enjin yang mengecas semula bateri kereta anda. Jika alternator rosak, bateri kereta anda tidak akan dicas dan kereta tidak akan dapat dihidupkan.

ECU Kereta

Kebanyakan kereta sekarang mempunyai sistem elektronik yang kompleks. Kadang-kadang kapasitor dalam ECU pecah dan bocor lalu menghasilkan asid yang boleh mencairkan board ECU tu. Jika ECU tu yang rosak, sila hantar untuk baiki secepat mungkin. Ini adalah penting untuk mengelakkan anda daripada terpaksa menukar keseluruhan set ECU yang mahal.

Masalah Starter

Sebelum starter rosak sepenuhnya ia akan memberikan tanda terlebih dahulu. Pernah tak anda terlupa yang enjin tengah hidup dan anda crank lagi sekali dan kemudian ada bunyi seperti besi bergesel? Bunyi yang sama akan terhasil bila starter kereta anda dah mula haus. Sebelum tak boleh hidup langsung enjin anda, baik tukar.

Sebenarnya banyak lagi punca kereta tak boleh start sama ada punca secara langsung atau tidak langsung. Apa yang penting adalah anda ambil tahu keadaan kenderaan anda dan jalankan penyelenggaraan secara berkala. Sekiranya ada tanda-tanda enjin anda sukar untuk start, beritahu kepada mekanik untuk mereka periksa sebaiknya.

Kedai Spare Part Kereta Terbaik

Kereta ini memang seringkali meragam dan setiap kali kalau meragam tu, memang kena dapatkan alat ganti yang sesuai. Baru alat ganti, belum lagi servis yang nak kena buat setiap bulan tu. Kalau ada kedai spare part kereta yang jual semua item ini pada harga murah kan senang. Memang berbaloi harga yang ditawarkan, lagilah kalau dapat penjimatan yang berganda terutama pada masa harga kos sara hidup yang makin meningkat ini.

Kali ini, kami akan tunjukkan beberapa pilihan kedai spare part ataupun alat ganti yang menawarkan harga yang terbaik dan mampu beli. Yang menariknya kedai ini, tidak hanya kalau anda sedang berada di bandar-bandar besar seperti KL, JB, anda juga boleh mendapatkan alatan yang kami rekemen kepada anda ini. Walau dimana pun anda berada, anda boleh mendapatkan alatan ini pada harga terbaik dan mampu beli.

Pilihan Kedai Yang Ada di Pasaran

Bila sebut sahaja pasal kedai, memang yang akan terbayang adalah kedai yang berdekatan dengan rumah anda. Kalau anda tinggal di Johor, mesti kalau boleh tu nak cari yang dekat dengan rumah sebab senang. Ini adalah antara kedai yang biasa yang dalam pemikiran anda.

Tetapi, bagaimana dengan kedai yang ada di jual secara online. Untuk pengetahuan anda, banyak barangan spare parts yang dijual secara online dan lebih speasifik di Lazada. Antara barangan yang popular adalah minyak hitam, oil filter, air filter, bateri dan lain-lain yang anda boleh dapatkan pada harga yang terbaik dan mampu beli. Kalau ikut pengalaman saya, harga yang dijual di sini kebanyakannya jauh lebih rendah daripada harga yang ditawarkan di pasaran. Tak percaya boleh tengok beberapa pilihan yang kami dah shortlistedkan di bawah ini;

1 Pilihan Minyak Hitam – Lexus

2 Jenama DynaLube – Antara Pilihan Terbaik

Memang menarik pilihan yang ada sekarang ini. Memang tidak terhad kepada beberapa jenis yang kami senaraikan di atas ini sahaja. Anda sebagai pengguna memang berhak membuat pemilihan terbaik berdasarkan kepada bajet anda. Sebagai contoh, saya sendiri sudah mendapatkan minyak hitam dan oil filter untuk kereta Proton Saga saya. Saya ada ceritakan berkenaan dengan kisah tersebut di SINI. Daripada kisah tersebut, memang berbaloi untuk mendapatkan barangan secara online ini dan memudahkan urusan.

Lazada Memudahkan Urusan

Antara sebab kami memlilih untuk menggunakan sistem online adalah kerana ianya memudahkan urusan. Anda boleh memilih beribu-ribu barangan secara online dan kalaui anda sedang mencari yang berkaitan dengan kereta pun tiada masalah kerana memang ada. Buat pembelian berdasarkan kepada bajet yang anda ada, lepas itu barulah tahu sama ada ianya berbaloi ataupun sebaliknya.

Jimat masa anda kerana hanya dengan pembelian secara online, barangan yang anda order akan sampai didepan pintu. Memang bagus kan kalau buat pembelian secara online ini berbanding dengan secara offline.

Spare Part Kereta Berkualiti

Sekarang ini kalau anda pergi ke Lazada, semakin banyak barangan spare parts yang ada di sana yang anda boleh beli pada harga yang kadangkala jauh lebih murah daripada harga pasaran. Tayar kereta pun anda sudah boleh dapatkan pada harga yang berbaloi berdasarkan kepada jenama dan saiz kereta yang anda mahukan. Apapun lihat dulu apa yang ada di sana dan kalau berbaloi tu, bolehlah cuba untuk dapatkan satu di pasaran.

3 Harga Tayar Kereta – Sangat Murah dan Berbaloi

Berapa harga tayar kereta untuk kereta anda? Kalau nak tahu, berapa harga tayar ini, memang anda kena tahu maklumat yang paling asas iaitu saiz rim anda. 13inch, 15inch ataupun macam mana. Bila dapat maklumat ini, lebih mudah untuk anda mendapat tahu harga tayar yang anda inginkan. Selain daripada itu juga, jenama adalah antara faktor lain yang menentukan harga sesebuah tayar kereta anda. Jenama yang terkenal memang akan memberikan harga yang mahal dan berbaloi.

Kali ini, kami akan memberikan beberapa tips penting berkenaan dengan harga dan cara untuk survey tayar kereta di pasaran. Lepas tu, anda buat pilihan untuk tentukan sama ada ianya berbaloi ataupun sebaliknya.

Pilihan Berbaloi dan Terbaik

Sebelum pergi lebih jauh, anda perlu tahu dahulu sama ada tayar anda saiz apa. Kalau anda sudah tahu saiz tayar anda lebih mudah dan boleh skip part yang ini. Tetapi, kalau tak tahu lagi saiz, boleh tengok beberapa tips yang kami nak berikan kepada anda ini.

Caranya mudah, lihat pada tayar anda kod dibawah;

Daripada situ anda boleh tahu jenama yang mana yang bersesuaian dengan tayar anda.

Jom Semak Price

Cara untuk semak harga pula tidaklah terlalu susah kerana kami cadangkan untuk anda lihat sahaja apa yang ada di Lazada. Harga yang ada di sana boleh dikatakan sebagai harga terkini dan bersesuaian dengan harga market. Dari situ, anda sudah dapat agak berapa harga barangan ini yang ada di pasaran.

#1 Tengok Pilihan Murah DI SINI

#2 Tak Tahu Nak Pilih Yang Mana? Tengok senarai di SINI

Perkara Penting Berkenaan Dengan Pemilihan Tayar

Ini kalau anda ingin membeli tayar yang baru di pasaran. Kena tahu tahun tayar ini dikeluarkan. Caranya adalah dengan tengok pada 4 abjad terakhir. Sebagai contoh, jika abjad terakhir adalah 0717, makan tahun tayar ini dibuat adalah pada July 2017. Daripada situ, anda boleh mengagak sama ada tayar ini bersesuaian dengan apa yang anda mahukan.

Kalau anda mahukan tayar yang dikeluarkan pada tahun sebelum tahun ini dibuat, berikut adalah antara panduan yang sepatutnya anda ada untuk pembelian tayar. Boleh dapat diskaun kalau tahun tayar yang dibuat itu adalah tahun sebelum ini.

2016 = 20%
2015 = 40%

Dan seterusnya. Kalau tahun tayar ini dibuat lebih lama, memang lagi banyak la sepatutnya anda dapat diskaun. Pada saya, lebih baik dapatkan tayar yang lama daripada tayar yang terpakai. Memang harga tayar 2nd hand ini murah tetapi dari segi ketahanan dan aspek keselamatan pula memang tidak terjamin. Kalau mampu tu, memang lebih baik beli sahaja yang baru yang ada di pasaran sekarang ini. Dari situ, barulah ianya berbaloi untuk anda gunakan bertahun-tahun. Lagipun memang untuk tayar ini, memang kena gunakan untuk jangka masa yang lama sehingga bertahun-tahun.

Aksesori Lain

Alang-alang dah nak cari tayar ini, selain daripada itu juga, ada beberapa item lain yang anda perlu lakukan secara berkala untuk kereta anda. Yang saya maksudkan adalah servis berkala untuk kereta anda. Yang paling kerap untuk anda lakukan adalah untuk tukar minyak hitam. Disebabkan ianya kerap dilakukan, akan sangat berbaloi kalau anda dapatkan pilihan minyak ini pada harga yang murah dan terbaik. Untuk itu, saya rekemen untuk anda lihat SINI untuk pilihan dan tips servis kereta murah.

Buat pilihan anda sendiri dan kalau anda hanya nak tahu harga tayar yang anda mahukan, boleh pergi ke Lazada dan lihat sendiri pilihan tayar yang ada. Dari situ ada banyak pilihan yang ada.

Tips Beli Bateri Kereta Terbaik – Paling Untung & Jimat

Artikel pada kali ini juga adalah berkenaan dengan penjagaan kereta. Lebih speasifik adalah berkenaan dengan bateri kereta terbaik yang ada di pasaran sekarang ini. Memang tidak dinafikan, anda mempunyai pilihan untuk mencari apakah yang terbaik berdasarkan kepada harga dan jenis yang anda inginkan.

Kalau boleh, pilihlah yang jimat dan tahan lama agar anda tidak perlu terlalu kerap mengganti bateri kereta anda. Dengan itu, lebih mudah untuk anda merancang masa dan perjalanan anda dan penjagaan kereta anda menjadi lebih jimat.Kali ini juga, kami akan berikan beberapa tempat menarik untuk anda dapatkan bateri ini pada harga yang berbaloi dan terbaik berdasarkan kepada bajet anda.

Pilih Bateri Basah Atau Kering Untuk Kereta Anda

Bateri ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu jenis yang basah dan juga satu lagi adalah jenis yang kering. Anda boleh menggunakan kedua-dua jenis bateri ini untuk kereta anda yang paling penting adalah, ianya sesuai untuk kereta anda ataupun sebaliknya.

Bateri basah adalah antara pilihan yang murah yang ada sekarang ini. Untuk pengetahuan anda, memang harga murah daripada bateri kering tetapi anda perlu untuk menjaga air. Kena tengok paling kurang sebulan sekali dan kalau air dah mula sikit, memang kena isi. Kalau anda tak pernah hirau pasal air, memang tak lama lepas anda beli je akan kehabisan bateri ini dan tidak boleh start. Jadi, kalau anda bercadang untuk membeli jenis basah ini, pastikan anda kena selalu memeriksan kandungan air dalam bateri tersebut.

Satu lagi pilihan adalah bateri kering. Ianya adalah pilihan terbaik terutama kalau anda tiada masa nak periksa kandungan air seperti jenis yang basah. Ianya tidak perlukan pemerhatian yang kerap seperti bateri basah. Cuma bezanya adalah, yang kering ini mahal sedikit berbanding dengan yang basah. Kalau memang anda tiada masa untuk periksa bateri sebulan sekali, memang kami cadangkan untuk anda dapatkan yang ini.

Dari segi pilihan yang ada pula, memang anda boleh memilih berdasarkan kepada harga dan jenis yang anda inginkan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih baik, berikut adalah antara beberapa pilihan yang anda boleh dapatkan secara online.

>>KLIK Untuk Pilihan Bateri Terbaik<<

Pilihan ditangan anda dan dapatkan yang terbaik yang anda mahukan.

Tips Penjagaan Kereta Terbaik

Untuk penjagaan kereta, tidak hanya bateri, banyak lagi faktor yang anda perlu ambil kira untuk penjagaan kereta anda. Antara perkara yang penting adalah untuk anda menjaga servis kereta anda apabila tiba masanya. Kalau kereta anda masih lagi dalam tempoh warranty, memang tiada cara lain untuk anda menghantar kereta anda untuk servis di pusat-pusat warranty yang anda. Tetapi, kalau kereta anda tidak dalam tempoh warranty, antara pilihan adalah untuk anda buat servis kereta di luar.

Kalau di pusat servis, ianya mengambil masa berjam-jam hanya untuk menukar minyak hitam! Sebab itu, kami galakkan untuk anda membuat servis diluar sahaja selepas tempoh warranty sudah tamat. Ini untuk menjimatkan masa anda dan juga lebih penjimatan yang anda boleh dapatkan. Kenapa lebih jimat, kerana anda boleh beli siap-siap minyak hitam dan juga oil filter dahulu. Nak tahu macam mana nak dapat murah? Boleh ke artikel INI untuk tips penjimatan oil filter terbaik dan murah.

Kalau anda jaga servis ataupun minyak hitam serta perkara-perkara lain, memang kereta anda akan tahan lebih lama dan boleh digunakan untuk pelbagai perkara. Jaga bateri, jaga minyak hitam, insyaAllah anda dapat memandu kereta anda untuk jangka masa yang lebih lama dan barulah berbaloi untuk anda gunakan kereta anda.