3 Tanda Spark Plug Kereta Rosak – Tukar Segera Jika Ada!

Banyak punca kereta susah untuk start ataupun untuk hidupkan terutama di awal pagi. Salah satunya mungkin berpunca daripada spark plug yang jarang diganti walaupun sudah digunakan untuk satu tempoh yang lama. Untuk itu, adalah lebih baik untuk anda menggantkan spark plug yang anda gunakan terutama selepas menggunakan kereta sejauh 50000KM.

Masalah untuk susah hidupkan enjin adalah antara tanda-tanda spark plug kereta rosak dan jika ini berlaku, adalah dinasihatkan untuk anda menukar ataupun pergi ke bengkel berdekatan untuk menukar spark plug kepada jenis yang baru. Tindakan pantas anda akan menyelamatkan kereta anda daripada kerosakan yang lebih teruk jika tidak diambil serious perkara ini.

Tanda-Tanda Awal Lain Spark Plug Rosak

Boleh lihat kepada semua tanda-tanda awal ini jika spart plug anda mengalami keroskan yang ketara. Antara tanda-tandanya adalah;

1 Kesukaran menghidupkan enjin pada awal pagi

2 Pembakaran tak sekata pada enjin kereta anda

3 Penggunaan bahan api yang tinggi dan kuasa pecutan berkurang

Untuk anda dapatkan spark plug ini, boleh lihat di sini untuk dapatkan secara online sahaja. Bergantung kepada jenis kereta yang ada, Boleh lihat SINI.

Untuk pengguna kereta Saga, boleh lihat apa yang ada di SIN

Sebelum membuat pembelian, pastikan anda memilih jenis kereta yang betul untuk spark plug yang anda mahukan. Penjual-penjual biasanya akan memberikan keterangan yang lebih jelas berkenaan dengan jenis-jenis plug yang patut mereka gunakan.

Kegunaan Palam Pencucuh Ini

Nama lain bagi alat ini adalah palam pencucuh. Ianya mempunyai banyak kegunaan untuk kereta dan merupakan salah satu komponen yang digunakan untuk kereta bergerak dan untuk menghidupkan enjin kereta anda.

1 Fungsi utama adalah menghasilkan percikan api bagi tujuan untuk pembakaran enjin kereta anda.

2 Percikan bahan api ini akan bercampur dengan oksigen dan bahan pembakaran untuk menggerakkan omboh kereta.

3 Dengan itu, barulah kereta anda boleh bergerak untuk ke desinasi yang anda mahukan.

Sekali lagi, ianya mempunyai fungsi asas yang penting. Akibat tidak menukar alat ini, ianya mungkina akan menyebabkan kereta anda mengalami masalah satu hari nanti.

Kerapkan Servis Kereta Anda

Selain daripada palam pencucuh ini, antara item lain yang anda perlu ambil kira untuk servis kereta anda adalah minyak pelincir kereta. Minyak pelincir adalah perkara yang anda perlu ambil kira kerana perlu tukar secara kerap. Kalau minyak yang full syntetic ini biasanya mengambil masa sehingga 10000 KM untuk minyak pelincir anda. Untuk dapatkan tips minyak pelincir terbaik boleh baca artikel kami di SINI.

Selain daripada minyak pelincir ataupun minyak enjin, faktor lain adalah bateri dan tayar kereta anda. Apabila sudah tiba masanya, memang anda perlu tukar bateri kereta anda terutama jika sudah 3 tahun anda gunakan kereta anda.

Jaga Penampilan Kereta Anda

Jangan lupa untuk jaga penampilan kereta anda. Salah satunya adalah dengan membasuh kereta anda setiap bulan agar nampak cantik dan menarik. Juga, anda boleh melihat alat-alat untuk mencantikkan kereta anda di SINI.

Penting untuk penjagaan kereta luar dan dalam bagi membolehkan anda selesa dengan kereta anda dan pemanduan yang lebih lancar. Guankan sebaiknya dan yang penting, pastikan servis mengikut waktu terutama item-item penting seperti spark plug, minyak enjin dan bateri kereta.

Leave a Comment